Wednesday, 29 November 2017

TEKNOLOGI DAN MOTIVASI PELAJAR A-TIPIKAL


Berikut  merupakan video-video yang berunsur motivasi dan teknologi berkaitan Pendidikan khususnya Program Pendidikan Khas yang boleh dipaparkan di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, video seperti ini sedikit sebanyak  dapat memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar untuk terus menimba ilmu walaupun dalam serba kekurangan. Video ini juga boleh dipaparkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan sebagai selingan  agar pelajar tidak berasa bosan dan tertekan berada di dalam kelas :

1.      https://www.youtube.com/watch?v=uZ73ZsBkcus  (Future Class Room)

Video ini memaparkan tentang keadaan kelas atau bilik darjah pad masa akan datang, bahkan telah pun ade beberapa negara maju yang mula menggunakan Teknologi ini di negara mereka seperti Amerika Selatan. Teknologi seperti ini dapat meningkatkan lagi bidang Pendidikan sesebuah negara. Kaedah Hologram , Buku Lutsinar dan pelbagai lagi dipaprkan di dalam video ini.

2.      https://www.youtube.com/watch?v=tGwjNHe3W2w  (Future Of Google Glass)

“Future Of Google Glass” atau kaca mata pintar merupakan hasil ciptaan syarikat Google. Video ini dapat memberi gambaran kepada pelajar bahawa Teknologi yang semakin hari semakin canggih akan mengubah taraf Pendidikan dalam mahupun luar negara.

3.      https://www.youtube.com/watch?v=CVr8W-tDQ-A  (Future Gadget For Deaf)

Golongan Pekak juga tidak ketinggalan dalam memperoleh pendidikan dengan memaksimumkan penggunaan teknologi tinggi ini. Oleh itu, Telefon atau Ipad yang diciptaan khas untuk golongan pekak ini dapat membantu mereka dalam Pendidikan mahupun rutin hairan. Di dalam video ini terdapat paparan tentang kegunaan gadget ini seperti sebagai alat bantuan mengajar, alat bantuan semasa kecemasan dan sebagainya.

4.       https://www.youtube.com/watch?v=4xVMzKw4soo  (B-Touch Mobile Phone)


Video ini memaparkan tentang Teknologi untuk golongan cacat penglihatan atau buta yang digunakan diluar negara. B-Touch Mobile Phone dapat memudahkan komunikasi antara golongan ini dengan masyarakat. Oleh itu, kewujudan gadjet seperti ini turut terlibat dalam pendidikan orang buta iaitu mereka dapat berkonumikasi antara satu sama lain untuk bertukatukar pandangan dan pendapat.


5.      https://www.youtube.com/watch?v=TAHMomeWfz4 (Handicapped Guy)

Video ini memaparkan seorang lelaki yang tidak memiliki tangan , dan tidak mempunyai kedua belah kaki.  Nick Vujicic mula terkenal apabila masyarakat setempat melihat kecekalan beliau dalam membuat sesuatu sehinggakan beliau diberi peluang memberi motivasi  kepada para pelajar .



Bidang Pendidikan bukan sahaja tertumpu kepada kademik semata. Bidang kemahiran juga boleh diterapkan dalam diri pelajar Pendidikan Khas di sekolah nanti. Oleh itu, video ini memaparkan tetang seorang lelaki (Cacat anggota kaki) dan seorang perempuan (Cacat anggota tangan)  menari tarian ballet

7.      https://www.youtube.com/watch?v=5VlAcQpYsMY (Al-quran OKU)


       Video ini memaparkan slot berita di TV1 dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini. Video ini menceritakan tentang kewujudan Al-quran bagi Golongan kurang upaya. Jadi, guru juga boleh memaparkan video ini sebagai selingan kepada pelajar bahawa Al-quran tetap penting untuk sesiapa sahaja sama ada sempurna fizikal atau pun tidak.


8.      https://www.youtube.com/watch?v=FWPc9Y17WXI
(Solat Orang Pekak dan Buta)


         Semasa sesi pembelajaran subjek Pendidikan Islam, guru boleh memaparkan video ini untuk permudahkan sesi pembelajaran di dalam kelas. Video ini memaparkan proses pengajaran solat bagi individu pekak atau buta . Ternyata Teknologi sepeeti ini boleh menarik minat pelajar untuk lebih mendalami ilmu agama.




    Video ini memaparkan slot di stesen TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang menemuramah Orang Kurang Upaya Pengliatan (Buta). Video ini boleh ditayangkan oleh guru kepada para pelajar sebagai motivasi bahawa mereka juga boleh menjalankan aktiviti hairan seperti manusia tipikal yang lain. Kemahiran fotografi dan nyanyi dipaparkan dalam video ini.


10.  https://www.youtube.com/watch?v=iDrgOdCLH0Q (Kepimpinan di sekolah)



Kepimpinan turut boleh diterapan daam diri seorang pelajar kurang upaya ini. Oleh itu, Video ini memaparkan tentang Sekolah Pendidikan Khas Jalan Peel yang kesemua pelajarnya dalah kurang upaya. Bahasa Isyarat adalah bahasa utama di sekolah ini. Walau bagaimanapun,  pelajar ini juga dilatih sifat kepimpinanya melalui penglibatan sebagai pengawas sekolah dan mengendali aktiviti perhimpunan. 

                                                                             -Semoga Bermanfaat-

                                                                                                                  -NNEMI-

No comments:

Post a Comment

10 GAMBAR BBM DARI PELBAGAI SUDUT