Wednesday, 29 November 2017

ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PDPC


        


                 Menurut Miarso (2007),  teknologi merupakan suatu bentuk proses yang meningkatkan nilai tambah. Proses yang berjalan tersebut dapat menggunakan atau menghasilkan produk tertentu, dimana produk yang dihasilkan tidak terpisah dari produk lain yang telah ada. Lebih lanjut disebutkan pula bahwa teknologi merupakan suatu bahagian dari sebuah integral yang terdapat di dalam suatu sistem tertentu. Sememangnya kehadiran teknologi memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan iaitu kepada para pelajar, guru dan sekolah. Namun, masih terdapat isu yang perlu diatasi oleh segelintir individu dalam memperkasakan lagi penggunaaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar di sekolah ini. Isu-isu ini sebenarnya telah pun wujud sejak dulu lagi, namun sehingga kini masih kurang diberi perhatian oleh individu tertentu seperti pakar-pakar pendidikan dan ICT di Malaysia. Walau bagaimanapun, isu ini pasti akan disuarakan suatu masa nanti disebabkan oleh hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Bin Abdul Razak yang ingin menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang moden selaras dengan revolusi pendidikan abad ke-21 . 
              Antara isu yang sering diperkatakan kini ialah kurang penerimaan Teknologi dan Inovasi dalam pendidikan oleh warga pendidik khususnya guru-guru lam. Masih terdapat golongan warga pendidik yang belum bersedia menerima perubahan yang agak drastik ini . Hal ini demikian dapat dibuktikan melalui penerimaan yang kurang baik daripada guru-guru lama dan segelintir masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa pelajar itu sendiri . Sebagai contoh , terdapat segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju dalam pemerkasaan teknologi dalam pendidikan seperti menggunakan gadget sendiri dalam Pdpc. Hal ini diperkatakan demikian kerana, dikhuatiri anak mereka akan mengakses laman sesawang yang tidak sihat. Oleh itu,  langkah yang efektif perlu diambil iaitu guru perlu mempunyai opemikiran yang terbuka untuk menerima kehadiri teknologi dalam pendidikan khasnya kepada guru-guru lama supaya dapat melakukan inovasi dalam Pdpc mereka . Manakala,  ibu bapa juga perlu sentiasa memantau penggunaan gadget oleh anak-anak tanpa mengira masa dan tempat. 

         Selain itu, menurut Cuban (2001) beberapa  kajian yang telah dijalankan oleh pihak tertentu mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi komputer dalam kalangan guru dikebanyakan sekolah adalah berapa pada tahap yang rendah. Hal ini turut dapat dibuktikan apabila seseorang guru itu tidak mahir mengendalikan teknologi seperti LCD, 'Power Point', dan sebagainya. Kebanyakan guru hanya mengarahkan para pelajar untuk memasanga peralaatn tersebut disebabkan guru-guru yang tidak mahir menggunakannya. Oleh itu, pihak terlibat sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, mahupun pihak pentadbir sekolah itu sendiri perlu mengambil langkah yang lebih efisen bagi memastikan guru-guru dapat mengendalikan teknologi atau perlatan ini dengan lebih cekap. Kursus -kursus khas berkaitan Teknologi dan  Inovasi dalam Pendidikan  juga perlu melibatkan semua guru tanpa mengira latar belakang dan bukan sahaja pihak pentadbiran sekolah. 



                Di samping itu, terdapat juga sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1996). Majoriti berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talklebih berkesan berbanding penggunaan ICT. . Maksud kaedah chalk and talk disini adalah guru menerangkan isi pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam dengan menerangkan mengenai isi pengajaran dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu tanpa bantuan komputer dan LCD projektor. Malahan ada kalangan guru yang ‘buta ICT’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak berminat mengajar menggunakan ICT selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan ICT untuk pengajaran. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh sikap guru tersebut yang tidak ingin mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.


          Seterusnya, isu yang turut diperkatakan sekarang ialah masalah penyediaan prasarana teknologi dan inovasi  dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana, kos yang terlibat dalam penyediaan prasarana ICT sangat memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Disebabkan oleh itu, masih terdapat beberapa sekolah khasnya dikawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tidak dibekalkan dengan peralatan ini. Pembekalan perlatan komputer yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar menyebabkan perkembangan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak sekata. Bukan itu sahaja, masih ada peralatan ICT yang telah usang dan tamat tempoh digunakan di sekolah-sekolah tertentu. Oleh itu, pihak berwajib khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu berganding bahu berusaha mencari dana atau peruntukan bagi memperbaharui peralatan-perlatan ini. 


              Akhir sekali, Sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan turut menjadi isu teknologi dalam pendidikan.  Disebabkan penekanan kepada pencapainan di dalam peperiksaan, guru-guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Menurut bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Wan Zahid Nordin, pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, guru perlu mendedahkan kepentingan ict kepada pelajar dan bukan hanya mengajar secara teori sahaja.


         Konklusinya, ternyata banyak isu yang kian meruncing saban hari dalam dunia pendidikan di Malaysia khasnya. Oleh itu, program  perlaksanaan transformasi pendidikan perlu memiliki pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar dan guru  mampu dan menguasai kemahiran yang diperlukan selaras dengan pendidikan abad ke-21. Umum mengetahui bahawa, tonggak utama penyampaian Dasar Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan ialah modal insan iaitu guru dan pelajar, sumber pembelajaran digital , infrastruktur dan belanjawan yang dibekalkan kepada pihak sekolah. Keempat-empat tonggak ini perlu diperkasakan agar segala usaha yang dirancang selama ini membuahkan hasil. Harapan pendidikan Malaysia adalah "berjaya meletakkan pendidikan negara sebaris dengan negara maju yang lain selaras dengan Transformasi Nasional 2050"Mampukah kita mencapainya??



                                                                                                                          -Semoga Bermanfaat-
                                                                                                                                        -NNEMI-

No comments:

Post a Comment

10 GAMBAR BBM DARI PELBAGAI SUDUT