Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan
Thursday, 14 December 2017
Wednesday, 29 November 2017
ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PDPC
Menurut Miarso (2007), teknologi merupakan suatu bentuk proses yang meningkatkan nilai tambah. Proses yang berjalan tersebut dapat menggunakan atau menghasilkan produk tertentu, dimana produk yang dihasilkan tidak terpisah dari produk lain yang telah ada. Lebih lanjut disebutkan pula bahwa teknologi merupakan suatu bahagian dari sebuah integral yang terdapat di dalam suatu sistem tertentu. Sememangnya kehadiran teknologi memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan iaitu kepada para pelajar, guru dan sekolah. Namun, masih terdapat isu yang perlu diatasi oleh segelintir individu dalam memperkasakan lagi penggunaaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar di sekolah ini. Isu-isu ini sebenarnya telah pun wujud sejak dulu lagi, namun sehingga kini masih kurang diberi perhatian oleh individu tertentu seperti pakar-pakar pendidikan dan ICT di Malaysia. Walau bagaimanapun, isu ini pasti akan disuarakan suatu masa nanti disebabkan oleh hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Bin Abdul Razak yang ingin menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang moden selaras dengan revolusi pendidikan abad ke-21 .
Antara isu yang sering diperkatakan kini ialah kurang penerimaan Teknologi dan Inovasi dalam pendidikan oleh warga pendidik khususnya guru-guru lam. Masih terdapat golongan warga pendidik yang belum bersedia menerima perubahan yang agak drastik ini . Hal ini demikian dapat dibuktikan melalui penerimaan yang kurang baik daripada guru-guru lama dan segelintir masyarakat yang terdiri daripada ibu bapa pelajar itu sendiri . Sebagai contoh , terdapat segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju dalam pemerkasaan teknologi dalam pendidikan seperti menggunakan gadget sendiri dalam Pdpc. Hal ini diperkatakan demikian kerana, dikhuatiri anak mereka akan mengakses laman sesawang yang tidak sihat. Oleh itu, langkah yang efektif perlu diambil iaitu guru perlu mempunyai opemikiran yang terbuka untuk menerima kehadiri teknologi dalam pendidikan khasnya kepada guru-guru lama supaya dapat melakukan inovasi dalam Pdpc mereka . Manakala, ibu bapa juga perlu sentiasa memantau penggunaan gadget oleh anak-anak tanpa mengira masa dan tempat.
Selain itu, menurut Cuban (2001) beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pihak tertentu mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi komputer dalam kalangan guru dikebanyakan sekolah adalah berapa pada tahap yang rendah. Hal ini turut dapat dibuktikan apabila seseorang guru itu tidak mahir mengendalikan teknologi seperti LCD, 'Power Point', dan sebagainya. Kebanyakan guru hanya mengarahkan para pelajar untuk memasanga peralaatn tersebut disebabkan guru-guru yang tidak mahir menggunakannya. Oleh itu, pihak terlibat sama ada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, mahupun pihak pentadbir sekolah itu sendiri perlu mengambil langkah yang lebih efisen bagi memastikan guru-guru dapat mengendalikan teknologi atau perlatan ini dengan lebih cekap. Kursus -kursus khas berkaitan Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan juga perlu melibatkan semua guru tanpa mengira latar belakang dan bukan sahaja pihak pentadbiran sekolah. Di samping itu, terdapat juga sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1996). Majoriti berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talklebih berkesan berbanding penggunaan ICT. . Maksud kaedah chalk and talk disini adalah guru menerangkan isi pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam dengan menerangkan mengenai isi pengajaran dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu tanpa bantuan komputer dan LCD projektor. Malahan ada kalangan guru yang ‘buta ICT’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak berminat mengajar menggunakan ICT selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan ICT untuk pengajaran. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh sikap guru tersebut yang tidak ingin mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.
Seterusnya, isu yang turut diperkatakan sekarang ialah masalah penyediaan prasarana teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana, kos yang terlibat dalam penyediaan prasarana ICT sangat memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Disebabkan oleh itu, masih terdapat beberapa sekolah khasnya dikawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tidak dibekalkan dengan peralatan ini. Pembekalan perlatan komputer yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar menyebabkan perkembangan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak sekata. Bukan itu sahaja, masih ada peralatan ICT yang telah usang dan tamat tempoh digunakan di sekolah-sekolah tertentu. Oleh itu, pihak berwajib khasnya Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu berganding bahu berusaha mencari dana atau peruntukan bagi memperbaharui peralatan-perlatan ini.
Akhir sekali, Sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan turut menjadi isu teknologi dalam pendidikan. Disebabkan penekanan kepada pencapainan di dalam peperiksaan, guru-guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Menurut bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Wan Zahid Nordin, pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, guru perlu mendedahkan kepentingan ict kepada pelajar dan bukan hanya mengajar secara teori sahaja.
Akhir sekali, Sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan turut menjadi isu teknologi dalam pendidikan. Disebabkan penekanan kepada pencapainan di dalam peperiksaan, guru-guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Menurut bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Tan Sri Wan Zahid Nordin, pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, guru perlu mendedahkan kepentingan ict kepada pelajar dan bukan hanya mengajar secara teori sahaja.
Konklusinya, ternyata banyak isu yang kian meruncing saban hari dalam dunia pendidikan di Malaysia khasnya. Oleh itu, program perlaksanaan transformasi pendidikan perlu memiliki pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar dan guru mampu dan menguasai kemahiran yang diperlukan selaras dengan pendidikan abad ke-21. Umum mengetahui bahawa, tonggak utama penyampaian Dasar Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan ialah modal insan iaitu guru dan pelajar, sumber pembelajaran digital , infrastruktur dan belanjawan yang dibekalkan kepada pihak sekolah. Keempat-empat tonggak ini perlu diperkasakan agar segala usaha yang dirancang selama ini membuahkan hasil. Harapan pendidikan Malaysia adalah "berjaya meletakkan pendidikan negara sebaris dengan negara maju yang lain selaras dengan Transformasi Nasional 2050". Mampukah kita mencapainya??
-Semoga Bermanfaat-
-NNEMI-
TEKNOLOGI DAN MOTIVASI PELAJAR A-TIPIKAL
Berikut merupakan video-video
yang berunsur motivasi dan teknologi berkaitan Pendidikan khususnya Program
Pendidikan Khas yang boleh dipaparkan di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, video seperti ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat dan motivasi kepada
pelajar untuk terus menimba ilmu walaupun dalam serba kekurangan. Video ini juga
boleh dipaparkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan sebagai
selingan agar pelajar tidak berasa bosan
dan tertekan berada di dalam kelas :
Video ini memaparkan tentang keadaan kelas atau
bilik darjah pad masa akan datang, bahkan telah pun ade beberapa negara maju
yang mula menggunakan Teknologi ini di negara mereka seperti Amerika Selatan.
Teknologi seperti ini dapat meningkatkan lagi bidang Pendidikan sesebuah
negara. Kaedah Hologram , Buku Lutsinar dan pelbagai lagi dipaprkan di dalam
video ini.
“Future Of Google Glass” atau kaca mata pintar merupakan
hasil ciptaan syarikat Google. Video ini dapat memberi gambaran kepada pelajar
bahawa Teknologi yang semakin hari semakin canggih akan mengubah taraf
Pendidikan dalam mahupun luar negara.
Golongan
Pekak juga tidak ketinggalan dalam memperoleh pendidikan dengan memaksimumkan
penggunaan teknologi tinggi ini. Oleh itu, Telefon atau Ipad yang diciptaan
khas untuk golongan pekak ini dapat membantu mereka dalam Pendidikan mahupun
rutin hairan. Di dalam video ini terdapat paparan tentang kegunaan gadget ini
seperti sebagai alat bantuan mengajar, alat bantuan semasa kecemasan dan
sebagainya.
Video ini memaparkan tentang Teknologi untuk
golongan cacat penglihatan atau buta yang digunakan diluar negara. B-Touch
Mobile Phone dapat memudahkan komunikasi antara golongan ini dengan masyarakat.
Oleh itu, kewujudan gadjet seperti ini turut terlibat dalam pendidikan orang
buta iaitu mereka dapat berkonumikasi antara satu sama lain untuk bertukatukar
pandangan dan pendapat.
Video
ini memaparkan seorang lelaki yang tidak memiliki tangan , dan tidak mempunyai
kedua belah kaki. Nick Vujicic mula
terkenal apabila masyarakat setempat melihat kecekalan beliau dalam membuat
sesuatu sehinggakan beliau diberi peluang memberi motivasi kepada para pelajar .
Bidang
Pendidikan bukan sahaja tertumpu kepada kademik semata. Bidang kemahiran juga
boleh diterapkan dalam diri pelajar Pendidikan Khas di sekolah nanti. Oleh itu,
video ini memaparkan tetang seorang lelaki (Cacat anggota kaki) dan seorang
perempuan (Cacat anggota tangan) menari
tarian ballet
Video
ini memaparkan slot berita di TV1 dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia
baru-baru ini. Video ini menceritakan tentang kewujudan Al-quran bagi Golongan
kurang upaya. Jadi, guru juga boleh memaparkan video ini sebagai selingan
kepada pelajar bahawa Al-quran tetap penting untuk sesiapa sahaja sama ada
sempurna fizikal atau pun tidak.
Semasa sesi pembelajaran subjek
Pendidikan Islam, guru boleh memaparkan video ini untuk permudahkan sesi
pembelajaran di dalam kelas. Video ini memaparkan proses pengajaran solat bagi
individu pekak atau buta . Ternyata Teknologi sepeeti ini boleh menarik minat
pelajar untuk lebih mendalami ilmu agama.
Video ini
memaparkan slot di stesen TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang
menemuramah Orang Kurang Upaya Pengliatan (Buta). Video ini boleh ditayangkan
oleh guru kepada para pelajar sebagai motivasi bahawa mereka juga boleh
menjalankan aktiviti hairan seperti manusia tipikal yang lain. Kemahiran
fotografi dan nyanyi dipaparkan dalam video ini.
Kepimpinan turut
boleh diterapan daam diri seorang pelajar kurang upaya ini. Oleh itu, Video ini
memaparkan tentang Sekolah Pendidikan Khas Jalan Peel yang kesemua pelajarnya
dalah kurang upaya. Bahasa Isyarat adalah bahasa utama di sekolah ini. Walau
bagaimanapun, pelajar ini juga dilatih
sifat kepimpinanya melalui penglibatan sebagai pengawas sekolah dan mengendali
aktiviti perhimpunan.
-Semoga Bermanfaat-
-NNEMI-
TEKNOLOGI UNTUK A-TIPIKAL INDIVIDU
- ‘Google Glass’
Teknologi kacamata pintar yang diciptakan Google ini bernama Google Glass dan siap dijual. Kacamata ini memiliki beragam kecanggihan. Misalnya, fungsi mengambil foto cukup dengan menggunakan suara, merekam video, atau mengenali wajah seseorang cukup dengan memandang. Kehebatan teknologi ini justru sering dianggap sebagai perangkat mata-mata dan ada yang mengatakan teknologi Google Glass boleh merosak mata. Google sudah memperingatkan bahawa peralatan ini jangan dipakai oleh anak usia di bawah 13 tahun karena berisiko mengganggu penglihatan.
- ‘Lifepack’
Lifepack ialah sebuah beg galas yang direka khas bagi memastikan anda sentiasa berhubung dengan dunia atas talian. Dengan teknologi pengecasan berkuasa solar, beg ‘masa depan’ ini turut mempunyai ruang khas tahan hentakan dan menggunakan bahan kalis air bagi memastikan keselamatan barangan elektronik anda. Terdapat sebuah power bank terbina yang dicas semula menggunakan panel solar pada panel hadapan beg. Power bank ini mampu mengecas sebuah iPhone sebanyak 12 kali.
- Akhbar Konsep Digital
Konsep penerbitan berita berbeza daripada akhbar lain melalui konsep digital oleh Seon-Keun Park & Byung-Min Woo. Dalam konsep ini, akhbar konsep digital akan menukar akhbar dari media kertas ke dalam bentuk digital. Konsep mesra alam ini pasti akan membantu mengurangkan penggunaan kertas yang berlebihan, yang merupakan salah satu punca peningkatan pemanasan global.
- Telefon ‘Visual Sound’
Konsep ini berfungsi dengan cara yang sama seperti panggilan relay, tetapi tanpa pihak ketiga mendengar dan menaip / bercakap. Idea ini akan memberikan tahap privasi yang lebih tinggi dalam perbualan telefon, tetapi mungkin lebih penting lagi akan membenarkan orang pekak khususnya meletakkan panggilan telefon tanpa perkhidmatan telefon khas.
Pelajar Reka bentuk Suhyun Kim ingin memastikan orang pekak dapat mengadakan perbualan telefon dengan rakan dan keluarga tanpa bergantung pada perkhidmatan geganti, dan konsep telefon bimbitnya "Visual Sound" bergantung pada teknologi yang sudah tersedia dan digunakan. Ringkasnya, telefon itu akan mengubah kata-kata yang ditaip pengguna ke dalam kata-kata yang dituturkan di hujung yang lain. Kemudian, apabila orang di ujung yang lain bercakap dalam telefon mereka, telefon Visual Sound menukar kata-kata mereka ke dalam teks.
Pelajar Reka bentuk Suhyun Kim ingin memastikan orang pekak dapat mengadakan perbualan telefon dengan rakan dan keluarga tanpa bergantung pada perkhidmatan geganti, dan konsep telefon bimbitnya "Visual Sound" bergantung pada teknologi yang sudah tersedia dan digunakan. Ringkasnya, telefon itu akan mengubah kata-kata yang ditaip pengguna ke dalam kata-kata yang dituturkan di hujung yang lain. Kemudian, apabila orang di ujung yang lain bercakap dalam telefon mereka, telefon Visual Sound menukar kata-kata mereka ke dalam teks.
5.‘B-Touch Mobile Phone’
Bayangkan betapa mudahnya bagi penglihatan cacat untuk melakukan tugas seharian seperti bercakap di telefon, membaca buku dan mengiktiraf objek jika mereka mempunyai satu-satunya peranti yang boleh diakses seperti konsep B-Touch Mobile Phone. Pereka Zhenwei You memasukkan braille, sistem suara dan peranti membaca optik.
- ‘Safe and Sanitary Mug’
Bagaimanakah anda ingin tahu banyak kopi yang anda telah tuangkan ke dalam cawan? Kebanyakan orang buta perlu menggunakan jari mereka, tetapi Braun Bell Concept Mug yang hebat oleh Sang-hoon Lee dan Yong-bum Lim menjadikan proses ini lebih selamat dan bersih. Cawan mengeluarkan bunyi tertentu apabila cecair mencapai setiap sensor air.
- ‘Feel the Time Watch’
Reka bentuk ‘Feel the Time Watch’ begitu ringkas, sangat menakjubkan bahawa ia tidak tersedia secara komersil. Wajah hitam yang minimal mempunyai dua cakera berasingan, masing-masing dengan satu nubik kecil - satu yang menandakan jam, dan satu untuk minit. Bulatan luar pada pukul 12:00 bertindak sebagai panduan untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
- Gelang Navigasi
Apa yang kelihatan seperti perhiasan plastik moden sebenarnya adalah sistem navigasi yang menggunakan GPS, arahan suara dan maklum balas audio dan haptik untuk memberikan orang cacat penglihatan dengan tahap kebebsan yang saat ini mustahil bagi banyak orang. Reka Bentuk Yanko mencatatkan bahawa ia dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang melihatnya, hanya membuatnya cepat dan mudah untuk menavigasi sebuah bandar baru.
- Braille Polaroid Camera
Menyentuh objek boleh membantu orang cacat penglihatan memahami sesuatu barang atau obejk , tetapi tidak seperti yang terlihat, mereka tidak boleh menggunakan gambar untuk menangkap dan menyimpan kenangan. Kamera Braille Polaroid, bagaimanapun, berfungsi sebagai pencetak braille segera, menerjemahkan bentuk asas sesuatu objek ke dalam tekstur supaya orang buta dapat mengumpul "imej" dalam album.
- ‘Handheld Document Scanners’
Hammacher Schlemmer telah melepaskan pengimbas pena baloknya iaitu ciptaan yang sangat unik Pen itu sendiri menulis pada kertas biasa, tetapi juga dibina dengan kanta fokus auto dengan sensor lima megapixel. Ia juga boleh menangkap memo suara dengan mikrofon terbina dalamnya. Untuk memastikan pengimbasan dokumen dimatikan tanpa sebarang halangan, pena akan mengeluarkan medan laser untuk memastikan tangkapan anda dirangka dengan betul. Pena ini juga dibina dengan simpanan 1 GB, membolehkan sehingga 1,000 imej ditangkap. Ini bermakna pen ini secara rasmi mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada komputer yang digunakan di sekolah menengah.
-Semoga Bermanfaat-
-NNEMI-
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Menurut Miarso (2007), teknologi merupakan suatu bentuk proses yang meningkatkan nilai tambah. Proses yan...





















